RINGKASAN FOREX


Apakah Tukaran Asing?

Tukaran asing, biasanya dikenali sebagai "Forex" atau "FX", adalah tukaran satu mata wang untuk mata wang lain pada harga tukaran yang dipersetujui di pasaran kaunter (OTC). Semua Forex disebut dalam istilah satu mata wang melawan mata wang lain. Setiap pasangan mata wang mempunyai mata wang "dasar" dan matawang "balas". Mata wang dasar adalah mata wang pada bahagian kiri dalam pasangan mata wang dan mata wang balas adalah yang di sebelah kanan. Sebagai contoh, dalam EUR/USD, EUR ialah mata wang "dasar" dan USD ialah mata wang "balas". Forex ialah pasaran kewangan terbesar dunia, dengan purata volum USD 4 trilion sehari. Bandingkan ini dengan Bursa Saham New York yang mempunyai pusing ganti harian sebanyak USD 50 bilion, dan ia mudah untuk melihat bagaimana pasaran forex seluruh dunia adalah pasaran kewangan terbesar di dunia.


Mata wang yang biasa didagangkan dalam pasaran FX

SIMBOL MATA WANG
USD Dolar Amerika Syarikat
EUR Euro (EUR/USD)
JPY Yen Jepun (USD/JPY)
GBP Paun British atau Sterling (GBP/USD, atau STG/USD)
CHF Franc Swiss (USD/CHF)
CAD Dolar Kanada (USD/CAD)
AUD Dolar Australia (AUD/USD)
NZD Dolar New Zealand (NZD/USD)


Bagaimanakah pasaran Forex beroperasi?

Tidak seperti pasaran kewangan lain seperti Bursa Saham New York, pasaran forex tidak mempunyai lokasi fizikal atau bursa pusat. Pasaran forex dianggap sebagai pasaran di kaunter (OTC), atau pasaran "Antara Bank" disebabkan oleh keseluruhan pasaran berjalan secara elektronik dalam rangkaian bank, terus-menerus dalam tempoh 24 jam. Ia didagangkan di seluruh dunia oleh sejumlah besar individu dan organisasi. Pada pukul 5:00 pm EST Ahad, perdagangan bermula semasa pasaran dibuka di Sydney. Pada pukul 7:00 pm EST, pasaran Tokyo dibuka, diikuti oleh London pada pukul 3:00 am EST. Dan akhir sekali, New York dibuka pada pukul 8:00 am EST dan dituutp pada pukul 4:00 pm EST. Sebelum dagangan New York ditutup, pasaran Sydney kembali dibuka - ia adalah pasaran 24 yang lancar!


Apakah Penentuan Harga FX?

Pasaran dan harga FX dipengaruhi terutamanya oleh perdagangan antarabangsa dan aliran pelaburan. Pada tahap yang lebih rendah, harga FX juga dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dan politik seperti kadar faedah, inflasi, dan ketidakstabilan politk (faktor yang sama mempengaruhi pasaran ekuiti dan bon). Ini bermaksud yang harga mata wang sentiasa turun naik nilainya berbanding satu sama lain, menawarkan pelbagai peluang perdagangan.


Apakah yang menjadi FX menarik?

Keadaan ekonomi dan politik biasanya mempunyai kesan jangka pendek yang menjadikan FX menarik kerana ia menawarkan beberapa kepelbagaian perlu bagi perlindungan terhadap pergerakan buruk dalam pasaran ekuiti dan bon.


Bagaiman Berdagang Forex?

Semasa berdagang harga forex, anda akan membeli pasangan mata wang jika anda percaya yang mata wang dasar akan kukuh berbanding mata wang kaunter. Sebagai alternatif, anda akan menjual pasangan mata wang jika anda percaya yang mata wang dasar akan melemah dalam nilai berbanding mata wang kaunter.

Perdagangan forex membenarkan anda membuat spekulasi ke atas pergerakan harga dalam pasaran mata wang global. Nilai mata wang naik dan turun berkaitan satu sama lain dan sebagai tindak balas kepada ekonomi nasional dan internasional, kewangan dan peristiwa politik. Tiada beza dalam potensi untung atau rugi jika satu mata wang naik atau turun berkaitan dengan rakan perdagangannya jadi anda boleh menjual suatu mata wang sebagaimana anda boleh membelinya.

Mata wang pertama dalam sebarang pasangan, sebagai contoh EUR/USD atau USD/CHF adalah mata wang dasarnya. Perdagangan dan kedudukan dikira dalam mata wang tersebut. Bagi dagangan EUR/USD dibuat dalam euro tetapi untuk USD/CHF, dagangan dijalankan dalam dolar AS.

Forex adalah produk berkeumpilan yang membolehkan anda berdagang dengan membayar peratusan kecik ekuiti yang mungin diperlukan untuk mendanai perdagangan. Maksudnya anda berpotensi membesarkan pulangan ke atas pelaburan anda. Namun perlu ingat bahawa leveraj yang lebih tinggi boleh menyebabkan kerugian yang melebihi deposit awal anda.


BERMULA DENGAN FX


Apakah Bida, Tawar, dan Spread?

Semua harga FX, termasuk "Bida" dan "Tawar" serupa dengan produk kewangan lain. Bida ialah harga di mana anda boleh menjual mata wang. Tawar ialah harga di mana anda boleh membeli mata wang. Perbezaan dalam BIDA/TAWAR pasangan mata wang adalah merujuk kepada "spread". Contohnya adalah urus niaga EUR/USD pada 1.41800/1.41808 (dalam kes ini spreadnya ialah 0.8 pip atau 0.00008). Penegcualian kepadanya adalah pasangan JPY yang disebut hanya kepada 2 titik perpuluhan. Harga USD/JPY bagi 76.41/76.44 dipaparkan sebagai 3 pip "spread".


Bagaimanakah cara mengira Poin atau "pip"?

Pip adalah singkatan bagi Percentage in Points (Peratusan dalam Mata). Kebanyakan pasangan mata wang disebut sehingga 5 titik perpuluhan dengan perubahan dari titik perpuluhan ke-4 (0.0001) dalam harga yang biasanya dirujuk sebagai "pip". Sebagai contoh, jika harga pasangan forex EUR/USD bergerak dari 1.41800 kepada 1.41920, ia dikatakan telah mendaki sebanyak 12 "pip" (92-80=12). Pengecualian kepada ini adalah pasangan JPY yang disebut hanya 2 titik perpupluhan (0.01).


Bagaimanakah meramal pergerakan pasaran FX?

Berkenaan dengan meramal pergerakan pasaran FX, pedagang biasanya dibahagikan kepada dua kem, analisis teknikal dan analisis fundamental. Pedagang yang menggunakan analisis teknikal menggunakan carta, garisan trend, tahap sokongan/penentangan, model matematik untuk mengenal pasti peluang dan melakukan keputusan perdagangan. Pedagang yang menggunakan analisis fundamental menganalisis kecenderungan penunjuk ekonomi dan faktor pasaran seperti kadar pertumbuhan GDP, kadar inflasi, kadar faedah dan sebagainya.


KOS


Swap

Oleh kerana ini adalah kontrak leveraj, anda dipinjamkan wang untuk membuka kedudukan anda, di luar deposit awal yang anda telah bayar. Jika anda hendak memegang kedudukan anda semalaman, anda akan dikenakan sedikit bayaran untuk menampung kos wang yang anda telah pinjam. Sila lawatPendanaan Semalamanhalaman di bawah tab Perdagangan untuk maklumat lanjut.


Komisen

Di S.A.M. Trade, kami tidak mengenakan komisen.


Contoh Perdagangan FX

Dengan berdagang sebarang bentuk forex, anda berdagang berdasarkan pada perbezaan harga belian dan jualan anda. Dalam perdagangan forex, ia berlaku dalam cara yang serupa. Anda mengambil kesempatan pada pergerakan satu mata wang terhadap yang lain dalam pasangan mata wang, mendapatkan anda keuntungan jika anda meramal pergerakan pasangannya dengan betul dan rugi jika anda salah meramalnya.

Di bawah adalah beberapa contoh yang menunjukkan anda bagaimana perdagangan forex berkerja:

Berdagang forex EUR/USD

EUR/USD adalah perdagangan pada 1.20295, dengan harga Bida 1.20289 dan harga Tawar 1.20301, memberikan anda spread sebanyak 1.2 pip. Anda rasa Euro akan memperoleh nilai berbanding dolar AS, jadi anda membuat keputusan untuk membeli kontrak EUR/USD pada harga Tawar pasaran 1.20301.

Saiz kontrak forex diukur dalam kontrak, dengan setiap kontrak bersamaan dengan satu lot mata wang dasar dalam pasangannya. Dalam kes ini, membeli 1 kontrak EUR/USD adalah sama dengan perdagangan EUR 100,000 untuk USD 120,301. Anda memutuskan untuk membeli 5 kontrak, memberikan anda jumlah saiz kedudukan USD 601,505. Ini bermakna yang anda akan memperoleh USD 50 untuk setiap pergerakan pip.

Untuk mencari nilai per pip dalam pergerakan, anda akan perlu menggandakan nilai per pip dengan bilangan kontrak.

Forex ialah produk berkeumpilan, jadi anda tidak perlu membayar pendahuluan nilai penuh kedudukannya. EUR/USD mempunyai faktor margin minimum 1%, jadi anda hanya perlu menguntukkan USD 601,505 * 1% = USD 6,015.05.


Jika ramalan anda betul

Euro akan naik berbanding dolar AS, dan EUR/USD kini diniagakan pada 1.20325, dengan harga Bida 1.20319 dan harga Tawar 1.20331. Oleh kerana anda pada mulanya beli dan ingin menjual untuk tutup, anda akan perlu melihat kepada harga Bida. Oleh itu, keuntungan anda sekarang ialah (1.20319 - 1.20301) * nilai per pip = 1.8 pip * USD 50 = USD 90.

Ingatlah bahawa apabila anda berdagang FX, anda akan perlu faktor dalam bayaran komisen. Katakanlah komisen minimum USD 5 bagi satu kontrak, dagangan anda akan buka dan tutup adalah USD 5*5 kontrak = USD 25. Jika anda menutup perdagangan anda, keuntungan akhir anda adalah: USD 90 - USD 25 = USD 65.

Jika ramalan anda salah

Euro akan jatuh berbanding dolar AS, dan EUR/USD kini didagangkan pada 1.20187, dengan harga Bida 1.20181 dan harga Tawar 1.20193. Oleh kerana anda pada mulanya membeli dan ingin menjual untuk tutup, anda perlu melihat kepada harga Tawar. Oleh itu, kerugian anda sekarang ialah (1.20181 - 1.20301) * nilai per pip = 12 pip * USD 50 = USD 600.

Ingatlah bahawa anda berdagang FX, anda akan perlu memfaktor bayaran komisen. Katakanlah komisen USD 5 per kontrak, jumlah kerugian anda adalah: USD 600 + USD 25 = USD 625.

Cari lebih lanjut mengenai…

Berdaganglah dengan kami sekarang!